Pages


Thursday 8 December 2011

Kata Adjektif

  • Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.  
  • Kata adjektif digunakan untuk menerangkan sifat, keadaan, warna, bentuk, atau ukuran sesuatu kata  nama.
  • Terbahagi kepada sembilan jenis, iaitu:
  1. Sifat/keadaan - pandai, rajin, cergas, sihat, bersih, kuat, lemah
  2. Warna - merah, kuning, biru, hijau, hitam
  3. Ukuran - tinggi, kecil, rendah, nipis, besar
  4. Bentuk - bulat, leper, bujur, bundar, buncit 
  5. Waktu - lambat, kini, awal, lewat, suntuk
  6. Cara - sopan, cepat, gopoh, laju, perlahan
  7. Jarak - dekat, jauh, nyaris, hampir, rapat
  8. Pancaindera - manis, cantik, masam, sedap
  9. Perasaan - sedih, suka, segan, gembira 
     Ayat contoh:

    a) Pokok kelapa itu tinggi.

    b) Warna kuning warna diraja.

    c) Gula-gula itu sungguh manis.

    d) Adik amat gembira apabila ayah membelikannya mainan.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 KSSR Bahasa Malaysia Tahun 1. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase